<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar/7336954486170097340?origin\x3dhttp://sasteradrama.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, July 24 2:58 AM

Titik-titik Perjuangan
Sipnosis
Drama ini mengisahkan tentang seorang pegawai melayu yang bekera dengan kerajaan Inggeris ketika negara kita di bwah penjajahan Inggeris.Lebih tepat lagi waktu peristiwa itu berlaku ialah sebelum pecahnya Perang Dunia Kedua.Pegawai tersebut telah mengadakan lawatan ke sebuah kampung untuk menangkap orang kampung yang menentang kerajaan dengan menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris.Pada mulanya pegawai tersebut menasihatkan orang kemapung supaya tidak menuntut kemerdekaan kerana kerajaan Inggeris telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.Pegawai tersebut turut mempersendakan penduduk kampung yang ingin menuntut kemerdekaan tetapi tidak cukup ilmu pengetahuan sebagai alat untuk membangun dan memajukan negara sekiranya kemerdekaan tercapai.Dalam keghairahan orang kampung menuntut kemerdekaan,terdapat juga orang kampung yang mengampu pegawai tersebut dengan menyokong kerajaan Inggeris sementara sebilangan lagi tetap mahu menuntut kemerdekaan.Selepas Perang Dunia ke-2 dan berakhirnya pendudukan Jepun di tanah air kita,kerajaan Inggeris telah berkuasa semula dan selepas itu negara kita mencapai kemerdekaan.Pegawai tersebut telah melawat semula ke kampung tersebut.Orang-orang kampung tidak menyambut kedatangan beliau dengan baik.Dengan itu beliau menuduh bahawa orang kampung melawan kerajaan.Penduduk kampung menyindir pegawai dan kesannya telah menyedarkan pegawai itu bahawa antara pemerintah dengan rakyat mestilah ada kerjasama dan saling memerlukan.Dia juga sedar bahawa di belakangnya ialah rakyat yang telah mengangkatnya sebelum ini.
~Pemikiran dan Persoalan~
1-Persoalan Pendidikan
Di bawah penjajahanInggeris, sistem pendidikan sekadar menyediakan peluang kerja untuk menjamin kesenangan orang Inggeris. Orang Melayu diberi pendidikan ala kadar. Dengan itu mereka hanya layak bekerja sebagai tukang kebun, drebar, peon, mata-mata.. Dengan itu orang Melayu sekadar "merkea suruh...dia pergi dan mereka panggil...dia datang." seperti yg berlaku kepda Pegawai yg bekerja sebagai kerani kehormat Inggeris.
2-Kedudukan
Pegawai mewakili golongan manusia yang menjadi penjilat Inggeris kerana bimbang kedudukan atau jawatan yang disandangnya kini hilang apabila negara mencapai kemerdekaan. Pegawai juga melambangkan manusia yang tidak yakin dengan kebolehan bangsa sendiri. Hal ini berlaku kerana kemerdekaan dilihat dari sudut kebendaan. Denag itu tidak mengahairankanjika Peragwaibertanya soal pensel, kapal terbang, kapal perang, dan gudang2 perusahaan yang perlu ada sebelum negara boleh merdeka. Hal ini berbeza dgn orang kampung yg memandang kemerdekaan dari sudut kejiwaan - jiwa yg bebas dan tidak terbelenggu.
3- Semangat kebangsaan
Lewat drama ini juga menimbulkan persoalaan kebangsaan yg dikesan melalui watak org muda, gadis dan org tua. Mereka juga mempunyai rasa cinta yg mendalam terhadap tanah air atau semangat patriotik dengan bekerja keras dalam bidang yg sesuai dgn kebolehan mereka iaitu sebagai petani. Dengan semangat patriotisme ini juga mereka tidak rela dijajah dalam apa bentuk sekalipon baik pemikiran mahupun perasaan. Mereka bahagia dengan kerja meraka sebagai petaniudan akan meneruskan kehidupan sebagai orang kampung meskipun negara telah merdeka kerana itulah peranan yg blh dan mampu mereka laksanakan. Sebaliknya watak Pegawai dilihat sebagai watak yg tdk mempunyai semangat patriotik. Dengan itu Pegawai sanggup mempersenda cadangan hendak mencapai kemerdekaan. Pegawai tidak yakin dengan kebolehan bangsanya yg selama ini telah membangunkan negara dalam bidang pertanian.
Perjuang kemerdekaan denbgan semangat cintaka tanah air itu sanggup mati dalam peluru yg berterbangan demi mencapai cita2 mencapai merdeka. Dan merekalah yg paling bnyk tekorban sblm negara mencapai kemerdekaan.
4-Hubungan pemerintah dengan rakyat
Aspek ini dilihat selepas negara mencapai kemerdekaan. Pegawai kembali melawat kampung dan akhirnya dengan penuh keinsafan meminta orang kampung berkerjasama untuk membangunkan negaara bagi mengisi kemerdekaan. Kemajuan dan kejayaan terletak di bahu rakyat. Kerajaan hanya merancang dasar dan usaha untuk membangunkan negara dan di pihak rakyat menyambut usaha tersebut dengan kerja keras dan bersungguh-sungguh.
5- Kesanggupan berkorban
Usaha menuntut kemerdekaan memerlukan bnyk pengorbanan baik perngorbanan jiwa mahupun material. Usaha mencapai kemerdekaan bukannya semudah yg diucapkan. Bnyk nyawa yg terkorban pd zaman2 sblm kemerdekaan tercapai. Dan yg paling kuat mempunyai kesanggupan berkorban ini ialah pihak rakyat.
~watak dan perwatakan~
1-Pegawai
Latar blakang
Merupakan Pegawai Melayu yg mendapat pendidikan Inggeris. Dengan pendidikan tersebut, dia berjaya mendapat jawatan kerani kehormat dalam pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu.
Perwatakan
Tidak berkeyakinan dan merendah-rendahkan keupayaan bangsa sendiri.
Dia mengagung-agungkan bangsa Inggeris dan enganggap orang Melayu tidak boleh mentadbir negeri.
Mementingkan diri sendiri
Demi menjaga kedudukan, dia sanggup menghina bangsa Melayu.
Seorang yg kasar
Kata-katanya sangat kesat ketika menghina orang Melayu.
Seorang yg bijak
Cepat menyedari kesilapan dan akhirnya kembali bekerjasama dengan bangsanya sendiri.
2-Perempuan tua
Latar belakang
Merupakan orang kampung yg bekerja kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah.
Perwatakan
Tidak mempunyai pendirian
Menurut sahaja kata2 Pegawai Melayu walaupun pegawai tersebut menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu.
Merendah-rendahkan bangsa sendiri
Dia menganggap orang Melayu bodoh seperti mana yg diperkatakan oleh pegawai Melayu.
3-Orang tua
Orang tua merupakan orang kampung yg menjalankan kerja2 kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah. Dia mempunyai pendirian yg teguh dan mahukan negara merdeka drpd penjajahan Inggeris. Dia mempunyai pandangan yg berbeza dgn pandangn pegawai Inggeris. Sikapnya yg tidak sehaluan dgn pegawai Inggeris ditunjukkan dari awal hingga akhir drama ini.
4-Orang muda
Merupakan seorang pemuda yg tinggal di kampung dan menjalankan kerja2 kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah. Mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi dan menentang penjajahn Inggeris. Mempunyai pandangn yg tinggi kepada bangsanya dan berkeyakinan bahawa orang Melayu juga mampu mentadbir negara jika diberi peluang. Dia menentang keras sikap pegawai Inggeris yg memperlekeh-lekehkan kebolehan oran Melayu.
5-Gadis
Gadis juga merupakan orang kampung yg menjalankan kerja2 orang2 Melayu secara turun-temurun seperti bersawah, berladanag dan menoreh getah. Beliau juga mempunyai semangat nasiolisme yg tinggi dan menentang penjajahan Inggeris. Beliau juga mahukan negara ini merdekadan diperintah oleh orng Melayu sendiri. Beliau juga menentang sikap Pegawai yg terlalu mengangung-agungkan pihak Inggeris.
~Nilai dan Pengajaran~
1- Jujur dan berterus terang
sikap ini seharusnya dicontohi oleh ahli masyarakat pada masa kini terutamanya golongan muda. Sikap ini membayangkan pemiliknya mempunyai peribadi yg mulia.
2-Semangat cinta akan negara
SEmangat ini seharusnya ditanam di jiwa anaka2 muda. Dengan semangat ini timbul kekuatan untuk bekerja keras bagi membangunkan negara dalam bidang apa sekalipun. Dalam konteks ini watak orang Muda Gadis dan Orang tua bangga denga kerja mereka sebagai petani. Semangat ini juga menimbulkan keberanian untuk mempertahankan negara meskipun nyawa terkorban di samping sanggup mempertahankan kedaulatan tanah air.
3-Kerjasama
Kerjasama yg dimaksudkan di sini ialah kerjasama antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah (diwakili oleh watak Pegawai) perlu mendapat kerjasama rakyat untuk kemajuan dan pembangunan negara.
Kerjasama pulka tercapai andainya terdapat hubungan yang intim antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah (yg diwakili oleh Pegawai) mestilah turun padang, ke tengah rakyat dan bukannya mengasanag diri atau membina benteng yg akan memisahkannya dengan rakyat.
4- Berbudi bahasa
Sikap ini seharusnya menjadi pakaian pegawai atau mereka yg diberi kuasa untuk memerintah. Keangkuhan dan kehilangan budi bahasa akan mencetuskan kebencian malahan boleh melarat kepaa satu penentangan yg lebih hebat misalnya pemberontakan apabila adat resam dicabul dengan sewenang-wenangnya.
Kata-kata yg tidak sopan atau manis. Kata-kata "bodoh", "bodoh betul", "idiot", "fool" merupakan kata2 yg tidak seharusnya diucapkan oleh seseorang. U jaran sedemikian membayangkan penuturya tidak bermoral, sombong dan ketandusan hati budi.
5-Menjauhi minuman keras
Minuman keras atau arak itu akan mendatnagkan kesan yg buruk kepada seseorang seperti mabuk dan hilang pertimbangan akal. Dalam drama ini digambarkan seorang lelaki Inggeris yg sedang mabuk.
6-Tidak mempunyai pendirian
DAlam menempuh kehidupan, kita harus mempunyai pendirian yg kukuh dalam suatu hal. Dengan adanya pendirian itu kite dapat membuat keputusan dengan yakin, berwawasan dan tegas. Seseorang yg tidak mempunyai pendirian umpama lalang ditiup angin - tidak ada arah dan tujuan yg benar dan tepat dalam hidupnya. Seseorang yg tidak mempunyai pendirian juga mudah terpengaruh dengan pendapat dan pandangan orang lain. Denga kata lain, orang itu tidak ada keperibadian sendiri. Dalam drama ini watak Perempuan Tua digambarkan tidak mempunyai pendirian. Dia mengikut dan membenarkan kata atau pendapat Pegawai apabila Pegawai menentang pendapat pergawai apabila pegawai menentang pendapat orang kampung yg merdeka.

Tuesday, July 15 6:27 AM







SERI NARA



Pemikiran dan persoalan


Drama Seri Nara Mengemukakan pemikiran tentang perpaduan. Pemikiran ini ditimbulkan ketika semua rakyat termasuk para pembesar dan kerabat diraja hendak membina kota,istana, dan kubu dalam usaha mewujudkan sebuah kemajuan baru.

1)Perang dan penjajahan

Negeri Melaka telah diserang dan dijajah oleh Feringgi.Feringgi telah menawan danmenangkap sesiapa sahaja yang enggan berkerjasama dengan mereka.Mereka ditangkap dan diseksa.Perhubungan keluarga terputus dan banyak orang Melaka melarikan diri dari Melaka dan mereka membina tempat tinggal di Muar,Batu Pahat,Jugra,dan Kelang.Sultan Alauddin Riayat Syah dan pembesar-pembesar sendiri melarikan diri ke Kuala Sungai Johor.


2)Perlunya menubuhkan sebuah kerajaan islam

Sebuah kerjaan dan pentadbiran yang menjadikan hukum-hukum islam adalah sebagai dasar sangat perlu untuk menjaga kepentingan umat islam dan seluruh rakyat sebuah negara.Begitulah apabila kerajaan islam Melaka Jatuh ke tangan Feringgi ,maka menjadi tanggungjawab bekas pemerintah kerajaan Melaka membangunkan sebuah kerajaan di Kuala Sungai Johor akan menubuhkan sebuah kerajaan islam.

3)Ancaman terhadap sesebuah negeri dan masyarakat.

Sesebuah masyarakat dan negara bukan sahaja diancam oleh musuh dari luar malahan yang lebih bahaya ialah musuh dalam diri iaitu sifat dengki,sombong dan bermegah-megah.Sikap ini akan membentuk jurang antara golongan pembesar dengan rakyat terbanyak.Jurang yang terbentuk itu akan menghancurkan perpaduan dan semangat kerjasama yang peting bagi keamana dan kesejahteraan sesebuah negara.

4)Sikap tidak kimited terhadap tugas dan tanggungjawab.
Dalam sesebuah masyarakat terdapatnya golongan yang tidak mengambil berat terhadap sesuatu kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap membazir masa dengan banyak berehat daripada bekerja, kurang sabar, dan tidak mempunyai cita-cita dan keazaman yang padu.Sikap ini perlu dibanteras jika mahu membangunkan masyarakat dan negara yang makmur dan kuat.
5)Peranan pembesar dan rakyat.
Pembesar dan raja mempuyai peranan yang bsar dalam membangunkan sesebuah negara. Raja atau pembesar menjadi payung tempat rakyat berlindung maka rakyat mestilah memberi taat setia kepada raja atau pemimpin yang telah dilantik oleh baginda.Rakyat bukan saja wajib menghormati keputusan yang dibuat oleh raja malahan bersungguh-sungguh melaksanakan keputusan tersebut.Dalam hal ini,perlantikan Raja Sulaiman,Nenda Sultan Alaudin Riayat Syah sebagai wakil sultan untuk membangun dan membina kubu perlu dihormati oleh rakyat dan pembesar lainnya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1)Seri Nara
Latar belakang
Merupakan watak pentig dalam drama ini dan seorang pegawai istana di Melaka.
Perwatakan
*Seorang yang bertanggungjawab.
Beliau membantu dan berusaha untuk membina istana dan balairung seri yang baru.
*Seorang yang penyabar.
Seri Nara menerima kejatuhan kerajaan melayu Melaka.
2)Raja Sulaiman Syah.
Watak ini ada hubungan darah dengan sultan iaitu beliau datuk saudara kepada Sultan Alauddin Riayat Syah.Beliau telah lanjut usianya dan mempunyai jiwa yang halus tetapi penuh keyakinan. Beliau memerintahkan supaya segera dibina kota dan kubu ditempat yang baru dieroka itu tetapi keluarga diraja dan anak-anak orang besdar menentang.Tentangan ini berlaku kerana mereka beranggapan kerja kasar sepaerti itu tidak layak dengan darjat atau keturunan mereka.Lagi satu sebab adalah kerana tidak yakin dengan kebolehan orang tua seperti raja Sulaiman Syah.Oleh itu, perpaduan sukar dicapai dan merupakan satu ancaman bagi sesebuah negara.
4)Sultan Alauddin Riayat Syah.
Watak ini sebagai ketua negeri dan kerajaan Johor Darul Takzim.Seorang yang taat kepada perintah agama dan bersikap sederhana.Baginda juga seorang raja yang berjiwa rakyat kerana sanggup turun ke padang dan bersama rakyat dengan membabitkan diri dalam gotong-royong.
5)Anjang Awang dan Pandak Aman.
watak-watak ini mewakili golongan rakyat biasa yang bekerja memotong batang-batang kayu dan menebas hutan rimba untk didirikan istana.Mereka sangat rajin bekerja, patuh, dan bertanggungjawab serta tidak mengharapkan apa-apa habuan.Kedua-dua watak ini begitu taat terhadap sultan.
6)Bendahara paduka raja.
Orang kanan atau pembantu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah.Berperwatakan sederhana tetapi tegas dalam tutur kata.Beliau mengiringi sultan ke mana saja.Beliau sentiasa memberi arahan dan inginka perpaduan antara masyarakat.Tanpa perpaduan dan silaturrahim maka sebarang kerja tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.Dalam situasi tertentu watak ini seolah-olah mengampu sultan.
7)Tun Khoja Ahmad.
Seorang yang agak berumur. Anak kepada datuk bendahara Tepok. Beliau adalah salah seorang pembesar istana yang mempunyai semangat yang kuat, amanah, dan bertangungjawab kerana sentiasa melihat orang-orang bekerja membuka kempung dan ladang.Selain itu beliau mementingkan perpaduan, tekun, yakin, dmempunyai keazaman yang tinggi.
8)Demang Sulung
Beliau berasal dari Melaka.Melaka pada masa itu dikuasai oleh Portugis.Penjajah Barat ini telah mencetuskan hru-hara dan rasa tidak selamat dikalangan rakyat.Oleh itu banyak rakyat yan melarikan diri ke tempat lain termasuklah watak ini. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab.Beliau bersama-sama rakyat bergotong-royong untuk membina istana baru.
Watak-watak lain seperti hulubalang-hulubalang dan pembantu-pembantu,hanyalah sebagai watak sampngan sahaja. Watak-watak ini ditimbulkan bagi menguatkan cerita.
NILAI DAN PENGAJARAN
1)Pentingnya hidup bersatu padu.
Perpaduan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.Dengan adanya perpaduan, sebarang ancaman dari dalam dan luar dapat diatasi dengan mudah.Untuk memupuk siap bersatu padu,kita perlu buang perasaan denki,iri hati, dan buruk sangka.Negara akan membangun dengan jayanya jika rakyat sentiasa bersatu padu.
2)Patuh dan setia terhadap pemerintah.
Setiap rakyat perlu mempunyai sifat taat dan setia terhadap pemerintah.Mereka harus patuh kepada setiap arahan pemerintah selagi pemerintah itu tidak berlaku zalim.Ketaatan dan kesetiaan ini akan menyemai bibit perpaduan yang akhirnya akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.
3)Setiap orang harus bekerjasama dan tolong menolog.
Sesiapa sahaja tidak mengira darjat atau kedudukan harus bekerjasama dan saling membatu bagi membangunkan negara.Kita tidak seharusnya mempunyai sifat mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain untuk mempertahankan negara.Sebaliknya kitalah yang harus mempertahankannya.
(^-^)


Friday, May 30 12:49 AM

Serunai Malam-Usman Awang
~Sipnosis~

~Pemikiran dan Persoalan~

Drama Serunai Malam menyerlahkan pemikiran tentang perbezaan pandangan akibat daripada perbezaan latar belakang sosial atau pendidikan.Dalam drama ini terdapat perbezaan antara Safiah dengan Umar.Daripada perbezaan pandangan timbul pemikiran yang berkisar soal nilai pekerjaan.Banyak orang meletakkan bidang pekerjaan seperti pegawai tadbir(D.O atau pegawai MCS)lebih tinggi berbanding dengan perguruan walaupun mempunyai kelulusan yang sama.

1.Perbezaan pandangan hidup antara orang kota dengan orang desa

Umar dan Safiah datang dari dua persekitaran yang jauh berbeza.Umar dari desa sementara Safiah dari kota.Perbezaan latar ini menyebabkan Umar lebih gemar berkhidmat di desa dan Safiah yang dibesarkan di bandartidak berminat untuk tinggal di desa.

2.Perbezaan pandangan hidup orang muda dengan orang tua

Ayah Umar sangat menjaga waktu solat.Masuk saja waktu,dia terus solat sedangkan Umar dan Safiah masih lagi berbual-bual sedangkan mereka tahu sudah masuk waktu solat.Bagi ayah Umar,pakaian yang dipakai oleh Safiah tidak sesuai atau kurang manis.Tetapi bagi Umar pula tidak merasakan pakaian tunangnya kurang manis.Soal pakaian seperti bungkus nangka boleh diterima oleh Limah,ibu Safiah tetapi Limah menyedari orang kampung seperti Pak Majid tidak akan senang hati apabila melihat bakal menantunya berpakaian sebegitu rupa.Pandangan Pak Majid terbuka liberal berbanding Lebai Dolah yang pengsan jika melihat pakaian Safiah.

3.Cara pergaulan orang dalam alam pertunangan

Hidup orang dalam alam pertunangan memang mesra tetapi cara yang ditunjukkan oleh Safiah dan Umar seperti berpegang-pegangan tangan sebelum berkahwin dilarang oleh agama Islam.Namun hal ini menjadi lumrah bagi kebanyakan pasangan kekasih.

4.Pandangan hidup mengenai bidang kerjaya

Safiah memandang kerjaya sebagai pegawai tadbir lebih menarik berbanding dengan bidang perguruan.Bagi Umar pula dia lebih minat bidang perguruan kerana dapat berkhidmat di tanah air sendiri,untuk anak bangsa sendiri.

5.Keinginan hidup di luar negara

Tinggal di luar negara menjadi kebanggaan bagi sesetengah orang.Hal ini dikaitkan dengan status dan merupakan pandangan golongan elit.Dalam hal ini,Safiah termasuk dalam kelompok tersebut.

~Plot~

Plot drama Serunai Malam mengikut kronologi.Drama ini mempunyai jalan cerita yang mudah difahami berbanding dengan drama absurd atau konremporari seperti drama pada masa kini.

Perbezaan latar belakang watak utama iaitu Umar dan Safiah serta perbezaan pandangan dan sikap telah mengusai perjalanan plot dalam drama ini.

1.Permulaan cerita

Drama ini dimulai dengan pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Safiah dan ibunya,di samping Jah sebagai orang gaji.Pembaca atau penonton tertanya-tanya apa yang ditunggu Safiah di ruang tamu rumahnya dengan penuh gelisah itu.Dalam waktu yang sama,Safiah berdepan dengan konflik kerana tunangnya tidak tiba pada waktu yang telah ditetapkan.Unsur saspen ini dikuatkan lagi antara Safiah dengan ibunya.

IBU:(HAIRAN)Menunggu siapa?

SAFIAH:Menunggu buah tak gugur!

IBU:(Semakin hairan)Apa?

2.Perkembangan

Apabila Safiah menyebut tentang Umar pada dialog keempat belas barulah pembaca atau penonton menemui jawapan yang saspens yang terbina sebelum ini.Lanjutan itu watak Umar diperkenalkan melalui dialog antara Safiah dengan ibunya.Bergerak dari situ,pembaca atau penonton dapat mengetahui dua peristiwa yang berlaku pada hari itu iaitu majlis konvokesyen Umar dan kedatangan bapa Umar,Pak Majid.

Seterusnya watak Umar diketengahkan dengan kedatangan Umar ke rumah Safiah.Perbualan atau dialog yang berlaku antara dua watak utama ini iaitu Safiah dan Umar mencetuskan pemikiran yang hendak diangkat lewat drama ini iaitu perbezaan pandangan antara gadis kota dengan pemuda kampung dalam soal pekerjaan.Perbezaan pendapat atau pandangan ini sebenarnya satu konflik yang berlaku dalam diri Safiah dan Umar.

Konfil itu terhenti apabila Umar keluar untuk menjemput bapanya,Majid.Dengan itu juga,konflik itu menjadi agak reda.Kemunculan Majid di rumah itu mencetuskan pula konflik nilai iaitu soal agama dan pakaian.Pak Majid tidak bertangguh dalam melaksanakan perintah Tuhan sebaliknya Umar dan Safiah bersikap acuh tak acuh dan Pak Majid tidak senang melihat Safiah yang memakai seluar.Dalam soal ini,pembaca diingatkan kepada latar waktu drama ini dihasilkan.Soal cara berpakaian(seperti yang dipakai oleh Safiah)tidak timbul jika drama ini dihasilkan pada masa kini.

Pak Majid berundur (untuk mengerjakan sembahyang) dan meninggalkan Safiah dengan Umar yang kemudian menyambung konflik yang disebut sebelum ini.Umar bertegas hendak menjadi guru dan dapat berbakti secara terus dengan anak bangsanya yang serba ketinggalan sebaliknya Safiah mahu Umar menjadi pegawai MSC dan dengan itu mendapat peluang hidup di luar negara.

Konflik ini dileraikan dengan Umar mengimbas kembali janji mereka ketika mula bercinta.Safiah berjanji akan mengubah sikap demi cinta dan kebahagiaan hidup mereka.

3.Perleraian

Drama ini diakhiri dengan pengucapan yang romantis antara Umar dan Safiah serta diserikan lagi dengan Serunai Malam yang mengalun lembut.

~Watak Dan Perwatakan~

1.Umar

Latar Belakang

Umar anak kepada Majid dan Minah.Umar bertunang dengan Safiah dan merupakan mahasiswa yang akan menerima ijazah di majlis konvokesyen yang akan dihadirinya.Umar digambarkan memiliki sifat sabar,bijak bercakap,pandai memujuk dan suka mengusik(pandai berjenaka).

Perwatakan

Mempunyai semangat cinta akan tanah air

Ketegasan pendiriannya mahu menjadi guru dan menetap di tanah air ditunjukkan kepada Safiah sehingga Safiah menjadi lembut hati

Penyabar

Kesabarannya terserlah apabila berjaya menangkis pujukan tunangnya yang mahu dia menjadi pegawai MCS.Dia juga berjaya memujuk Safiah sehingga Safiah menjadi lembut hati.

Bijak bercakap

Dia bijak bercakap sehingga Safiah tunduk kepada kemahuannya.

Safiah

Latar Belakang

Safiah dikenali dengan nama manja Piah,anak gadis kepada Limah(watak Ibu).Ayahnya pegawai tinggi di Kementerian Pelajaran.Safiah telah bertunang dengan Umar yang juga watak utama atau watak hero dalam drama ini.

Perwatakan

Suka merajuk

Dia merajuk apabila tunangnya Umar enggan menurut kemahuannya supaya menjadi pegawai MCS.

Lebih mengutamakan dunia luar

Safiah mahu tinggal di luar negara dan lebih suka menghabiskan masanya di sana.

Tidak sabar

Berasa resah dan tidak sabar menunggu kedatnagan tunangnya Umar.Dia juga asyik melihat waktu.

Bergaya

Lebih suka memakai seluar di rumah dan tidak peduli apa orang lain kata.

Limah(Ibu)

Latar Belakang

Limah ibu kepada Safiah dan isteri kepada pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pelajaran.

Perwatakan

Mempunyai sifat penyayang dan tanggungjawab

IBU:(Menggelengkan kepala,marah sayang)Kau ni,Piah,nak minum sendiri pun suruh Jah.TAk boleh ambil sendiri?Besok kalau dah berumahtangga senang,kalau biasa buat kerja sendiri,tak harapkan orang gaji sangat.(Halaman 125).

Limah digambarkan sebagai seorang ibu yang tidak lupa diri walaupun bersuamikan seorang yang berpangkat tinggi.Dia mengamalkan sikap sederhana dan merendah diri.

Merendah diri

Misalnya dapat dikesan dalam dialog tersebut:

IBU:(Mengeluh sedih)Hai,tak adalah nampaknya,kerja bergaji begini habis bulan habis duit...!

Bersikap terbuka dalam soal pemakanan dan pergaulan

Watak ini dikesan juga mempunyai sikap terbuka tentang soal pakaian dan pergaulan anaknya dengan Umar.Pada suatu masa Limah boleh menerima cara Safiah berpakaian tetapi pada waktu yang lain tidak senang dengan cara Safiah berpakaian terutama di depan Majid,bakal besannya.Hal ini juga boleh dikaitkan dengan satu cara menghormati tetamu dari kampung yang masih belum "terbuka pemikirannya dengan pengaruh moden".

Majid

Latar Belakang

Majid bapa kepada Umar.Bakal bapa mentua kepada Safiah dan seterusnya menjadi besan kepada Limah(ibu).Majid orang kampung dan mengusahakan dusun dan sawah untuk menyara kehidupan.Sebelum itu dia pernah bekerja sebagai pembalak ketika Umar masih lagi kecil.

MAJID:Ini ha,ada kiriman sedikit dari mak ciknya,Piah!(menunjukkan barang-barang itu)Tempoyak ni buat sendiri,durian kebun.Petai ni pun baru pagi tadi dipetik.Sayang pokok jering tidak begitu baik buahnya.Ini beras baru ada sebuntil.(Halaman 131)

Perwatakan

Bertanggungjawab

Watak Majid digambarkan sebagai bapa yang bertanggungjawab dan menyedari kepentingan ilmu.Dengan hal yang demikian dia telah meyekolahkan Umar dan sanggup bekerja keras untuk mempastikan kejayaan pelajarannya.Keprihatinannya dalam pelajaran juga dapat dikesan dengan kesanggupannya untuk menghadiri majlis konvokesyen Umar.

Kuat Beragama

Watak Majid juga dilihat sebagai kuat berpegang kepada agama.Majid terus mengerjakan solat apabila masuk sahaja waktunya.Dia juga tidak senang dengan cara Safiah berpakaian.

~Latar~

Latar tempat

Dari mula akhir cerita,latar tempat dalam drama ini berlaku di ruang tamu rumah Safiah.Latar tempat ini juga dinyatakan pada permulaan drama ini.

Secara imbas kembali dijelaskan latar tempat lain iaitu Selat Tebrau.Di sini Safiah dan Umar bertemu dan memadu janji.

Terdapat juga latar yang tidak dinyatakan secara tampak misalnya latar kampung iaitu tempat Umar dilahir dan dibesarkan.Latar kampung dikesan melalui penceritaan Umar tentang kehidupannya pada waktu kecilnya.

Latar Masa

Pengarang memasukkan latar masa pada awal cerita karya ini.

'Pagi hingga tengah hari,hari konvokesyen'(Halaman 123)

Penekanan kepada latar masa yang lebih tepat dapat dikesan melalui dialog yang diucapkan oleh ibu Safiah;

IBU:Selalunya hari Sabtu,Umar datang petang.

Latar Masyarakat

Drama ini mengambil latar masyarakat Melayu yang sedang memasuki era pemodenan-lebih jelas dalam proses transaksi.Hal ini dapat dibuktikan dengan cara Safiah berpakaian dan reaksi Pak Majid tentang cara Safiah berpakaian itu.

Lewat drama ini juga memperlihatkan pertembungan budaya antara masyarakat Melayu yang menetap di kota.Masyarakat menengah di kota lebih bebas(dari segi pergaulan dan berpakaian)sebaliknya masyarakat desa agak "tertutup".Hal ini dapat dikesan daripada reaksi Majid apabila mendapati Safiah berseluar.Majid agak hairan dan memberi komen "macam sarung nangka" dan lebih teruk lagi jika pakaian Safiah dilihat oleh Lebai Dolah yang katanya "pengsan agaknya".Majid yang mewakili masyarakat Melayu desa masih hidup dengan berkebun dan bersawah dengan membanting tulang empat kerat untuk hidup sebaliknya masyarakat di kota bekerja di pejabat dan sebagainya.

Pertembungan budaya juga dikesan melalui perbezaan sikap atau pandangan Safiah dan Umar.Safiah gadis kota yang mimpikan kesenangan dan keseronokan(dengan mahukan Umar bertugas di luar negeri)sebaliknya Umar memilih untuk kembali ke tengah masyarakat desa tempat dia dibesarkan.Masyarakat desa perlu dibangun,dan dimajukan melalui peningkatan taraf pendidikan.

Latar masyarakat pelajar di universiti juga diketengahkan.Mereka tekun belajar untuk menimba ilmu dan akhirnya meraih segulung ijazah sebgai lambang kejayaan.

Selain itu,latar masyarakat desa yang saling bekerjasama dan tolong menolong juga digambarkan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasa dalam Serunai Malam mudah difahami kerana pemilihan kata yang pendek dan begitu bersahaja.Pengarang menggunakan bahasa yang lazim dipakai dalam perbualan seharian seperti mak,makcik,nak macam,tu,ni,hai dan seumpamanya.Dengan demikian menyebabkan bukan sahaja drama ini mudah dihayati malahan mencetuskan daya tarikan yang tersendiri.

UMAR:(kecewa)Kenapa mak tak datang?

MAJID:Anak Busu Timah kau potong jambul hari ini....jadi tak ada arahlah,kenalah pergi juga.

UMAR:(Merungut,tetapi tersenyum lembut)Hai,tak habis-habis nak potong jambul! Kenduri besarlah tu agaknya.(halaman 133)

1.Penggunaan ayat

Drama Serunai Malam juga memperlihatkan kebijaksanaan pengarang menyulam ayat panjang bersama ayat pendek.Bancuhan atau gabungan jenis ayat begini tidak menimbulkan kebosanan kepada pembaca sebaliknya mencetuskan kesan tertentu dan ketegangan.Ayat panjang digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan lebih jelas dan tepat manakala ayat pendek digunakan dalam dialog antara ibu dengan Safiah terutamanya pada awal cerita ini.Pemilihan ayat pendek dan ayat tanya seperti pada awal cerita boleh menimbulkan unsur saspens atau ketegangan di kalangan pembaca atau penonton.

IBU:(Meletakkan jahitan,memandang Safiah)Kenapa kau Piah?

SAFIAH:(Tersentak)Tak apa-apa,mak.

IBU:Ku tengok kau resah sahaja,asyik tengok jam.

SAFIAH:(Terus melihat jam lagi,merungut sendirian)Dah pukul sebelas.Janji nak datang pukul sepuluh.

IBU:Janji?Siapa yang berjanji?(Halaman 123-124)

Seperti yang dinyatakan di atas,ayat panjang digunakan untuk menjelaskan sesuatu supaya lebih meyakinkan pembaca atau penonton.Dalam hal ini perhatikan ucapan Umar kepada Safiah ketika hendak menegaskan pendiriannya dan untuk menyuntik keinsafan kepada Safiah.

UMAR:Dan kalau aku jadi kau,aku mengajak kekasihku berbakti.Kau tak tahu,Piah.Sayang,kau tak melihat bagaimana aku kecil-kecil dulu,pergi ke sekolah dengan kaki ayam,berjalan di atas batas-batas sawah.Ibu sakit-sakit dan ayah pergi ke hutan bekerja balak.Kadang-kadang kami makan sekali sehari.Aku ke sekolah dengan perut lapar,tak membawa wang satu sen pun..Dan kau menemui aku ketika aku sudah menjadi mahasiswa,dengan buku-buku,dalam kuliah..Kalau kau menyayangi aku dulu lagi,kita akan lebih bahagia.(Halaman 136-137)

2.Perulangan

Pengarang juga menggunakan perulangan bagi menegaskan sesuatu dan juga untuk memercikkan keindahan dan kekuatan dalam ujaran yang diucapkan oleh dua watak:

IBU:(Berhenti menjahit matanya menatap Safiah)Kau yang resah ni kenapa,tunggu siapa?Eh,kau kata tadi siapa yang berjanji?

SAFIAH:(Merajuk kesal,masih terdiri memandang hampa keluar)Menunggu orang.

IBU:(Hairan)Menunggu siapa?

SAFIAH:Menunggu buah tak gugur!(Halaman 124)

3.Metafora

Dapat ku bayangkan cahaya riang matamu(halaman 140)

4.Simile

Ya,airnya berkocak seperti hati kita(halaman 139)

5.Perkataan pinjaman

Alhamdulillah,baik semuanya(halaman 132)

Nilai & Pengajaran

1)Tolong-menolong

Nilai ini begitu dominan dalam masyarakat Melayu terutama yang tinggal di kampung.Dalam merealisasikan konsep ini,isteri Majid sanggup tidak menghadiri majlis konvokesyen anaknya kerana menolong ibu saudara Umar.Dengan itu,hanya Majid yang hadir di majlis tersebut bagi mewakili keluarga.Selain itu,semangat yang ditunjukkan membuktikan eratnya ikatan kemesraan dan tali persaudaraan antara keluarga dan seterusnya mewujudkan satu masyarakat yang harmonis dan bahagia.

2)Patriotisme

Niat untuk membangunkan atau memajukan anak bangsa melalui bidang pendidikan dilihat sebagai satu unsur patriotisme yang kuat pada diri Umar.Umar seharusnya menjadi model generasi muda yang tidak mahu memburu kerja di kota untuk mengubah belukar menjadi pekan,mengubah hutan menjadi baru.Umar dengan tegas menyatakan pendiriannya bahawa untuk membangunkan bangsa atau negeri harus bermula 'dari tanah kita sendiri,bukan dari luar negeri'.Pengucapan Umar membuktikan bahawa Umar memiliki semangat kecintaan tanah air atau patriotisme yang jitu dan tidak mudah goyah walaupun dipujuk oleh bakal tunangnya,Safiah.Malahan Umar tidak tergoda dengan kehidupan di kota yang menjanjikan segala kemudahan dan kesenangan.Umar berpendapat "lebih jauh dari ibu kota semakin baik,semakin dekat dengan kampung semakin I suka".

3)Nilai ketimuran

Safiah mewakili watak yang mula terbawa-bawa dengan pengaruh barat dari segi pakaian,cara hidup,dan tempat hidup.Safiah lebih suka berkhidmat di luar negeri bersama Umar dengan alasan dapat melancong,main-main salji,hidup di kota Paris atau London.Soal nasib anak bangsa ditolak ke tepi tetapi kepuasan diri,imej,dan status menjadi lebih utama dan impian itu dibina dalam mindanya sekian lama.Safiah tidak lagi selesa berbaju kurung tetapi lebih senang dengan berseluar.Lebih teruk Safiah jarang ke dapur sehingga sikapnya itu mendapat teguran daripada ibunya.

4)Memiliki pendirian yang kukuh

Umar juga mewakili anak muda yang bukan sahaja berpendidikan tinggi malahan memiliki pendirian dan keyakinan diri yang kukuh.Tanpa pendirian yang kukuh seseorang itu mudah kehilangan arah tuju dalam hidupnya atau mudah terpengaruh(dalam kes ini pengaruh atau ajakan tunangnya Safiah).Kerana memiliki pendirian dan keyakinan diri Umar tidak "tergoda" untuk memenuhi impian orang yang dicintainya.Pendirian Umar yang kukuh terbentuk kerana latar belakang hidupnya yang pernah menempuh kesukaran iaitu pernah tidak makan sehari,berkaki ayam ke sekolah,dan sebagainya.Kesukaran-kesukaran lewat waktu kecil membentuk peribadi yang kental dan kuat menempuh cabaran hari muka.Dengan itu juga Umar sentiasa memandang dunia dengan pandangan optimis.Kata Umar kepada Safiah "masa depan terlalu banyak" dan "masa depan kita gemilang,bukan gelap sebagai sangkaanmu"membenarkan pandagannya yang dikatakan optimis itu.


Tentang Kami

.::Anisah'm'::.
.::Anisah'n'::.
.::Ellisya::.
.::hafiyyah::.
.::Nazurah::.
.::Nadiah::.
.::Nusrah::.

Impian Kami

SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT 'A' DALAM O LEVEL SASTERA! :D
AMIN!!

Pertanyaan


Sasterawan

nadya
nazzy
esya
eyan
marriee
sakinah
eeka

Melodi


Kenangan

May 2008
July 2008

Penghargaan

Designer: PwincessPutri :D Image Hosting: Photobucket
Tagboard: Cbox
Music: Imeem