<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7336954486170097340?origin\x3dhttp://sasteradrama.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, July 15 6:27 AM







SERI NARA



Pemikiran dan persoalan


Drama Seri Nara Mengemukakan pemikiran tentang perpaduan. Pemikiran ini ditimbulkan ketika semua rakyat termasuk para pembesar dan kerabat diraja hendak membina kota,istana, dan kubu dalam usaha mewujudkan sebuah kemajuan baru.

1)Perang dan penjajahan

Negeri Melaka telah diserang dan dijajah oleh Feringgi.Feringgi telah menawan danmenangkap sesiapa sahaja yang enggan berkerjasama dengan mereka.Mereka ditangkap dan diseksa.Perhubungan keluarga terputus dan banyak orang Melaka melarikan diri dari Melaka dan mereka membina tempat tinggal di Muar,Batu Pahat,Jugra,dan Kelang.Sultan Alauddin Riayat Syah dan pembesar-pembesar sendiri melarikan diri ke Kuala Sungai Johor.


2)Perlunya menubuhkan sebuah kerajaan islam

Sebuah kerjaan dan pentadbiran yang menjadikan hukum-hukum islam adalah sebagai dasar sangat perlu untuk menjaga kepentingan umat islam dan seluruh rakyat sebuah negara.Begitulah apabila kerajaan islam Melaka Jatuh ke tangan Feringgi ,maka menjadi tanggungjawab bekas pemerintah kerajaan Melaka membangunkan sebuah kerajaan di Kuala Sungai Johor akan menubuhkan sebuah kerajaan islam.

3)Ancaman terhadap sesebuah negeri dan masyarakat.

Sesebuah masyarakat dan negara bukan sahaja diancam oleh musuh dari luar malahan yang lebih bahaya ialah musuh dalam diri iaitu sifat dengki,sombong dan bermegah-megah.Sikap ini akan membentuk jurang antara golongan pembesar dengan rakyat terbanyak.Jurang yang terbentuk itu akan menghancurkan perpaduan dan semangat kerjasama yang peting bagi keamana dan kesejahteraan sesebuah negara.

4)Sikap tidak kimited terhadap tugas dan tanggungjawab.
Dalam sesebuah masyarakat terdapatnya golongan yang tidak mengambil berat terhadap sesuatu kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap membazir masa dengan banyak berehat daripada bekerja, kurang sabar, dan tidak mempunyai cita-cita dan keazaman yang padu.Sikap ini perlu dibanteras jika mahu membangunkan masyarakat dan negara yang makmur dan kuat.
5)Peranan pembesar dan rakyat.
Pembesar dan raja mempuyai peranan yang bsar dalam membangunkan sesebuah negara. Raja atau pembesar menjadi payung tempat rakyat berlindung maka rakyat mestilah memberi taat setia kepada raja atau pemimpin yang telah dilantik oleh baginda.Rakyat bukan saja wajib menghormati keputusan yang dibuat oleh raja malahan bersungguh-sungguh melaksanakan keputusan tersebut.Dalam hal ini,perlantikan Raja Sulaiman,Nenda Sultan Alaudin Riayat Syah sebagai wakil sultan untuk membangun dan membina kubu perlu dihormati oleh rakyat dan pembesar lainnya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1)Seri Nara
Latar belakang
Merupakan watak pentig dalam drama ini dan seorang pegawai istana di Melaka.
Perwatakan
*Seorang yang bertanggungjawab.
Beliau membantu dan berusaha untuk membina istana dan balairung seri yang baru.
*Seorang yang penyabar.
Seri Nara menerima kejatuhan kerajaan melayu Melaka.
2)Raja Sulaiman Syah.
Watak ini ada hubungan darah dengan sultan iaitu beliau datuk saudara kepada Sultan Alauddin Riayat Syah.Beliau telah lanjut usianya dan mempunyai jiwa yang halus tetapi penuh keyakinan. Beliau memerintahkan supaya segera dibina kota dan kubu ditempat yang baru dieroka itu tetapi keluarga diraja dan anak-anak orang besdar menentang.Tentangan ini berlaku kerana mereka beranggapan kerja kasar sepaerti itu tidak layak dengan darjat atau keturunan mereka.Lagi satu sebab adalah kerana tidak yakin dengan kebolehan orang tua seperti raja Sulaiman Syah.Oleh itu, perpaduan sukar dicapai dan merupakan satu ancaman bagi sesebuah negara.
4)Sultan Alauddin Riayat Syah.
Watak ini sebagai ketua negeri dan kerajaan Johor Darul Takzim.Seorang yang taat kepada perintah agama dan bersikap sederhana.Baginda juga seorang raja yang berjiwa rakyat kerana sanggup turun ke padang dan bersama rakyat dengan membabitkan diri dalam gotong-royong.
5)Anjang Awang dan Pandak Aman.
watak-watak ini mewakili golongan rakyat biasa yang bekerja memotong batang-batang kayu dan menebas hutan rimba untk didirikan istana.Mereka sangat rajin bekerja, patuh, dan bertanggungjawab serta tidak mengharapkan apa-apa habuan.Kedua-dua watak ini begitu taat terhadap sultan.
6)Bendahara paduka raja.
Orang kanan atau pembantu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah.Berperwatakan sederhana tetapi tegas dalam tutur kata.Beliau mengiringi sultan ke mana saja.Beliau sentiasa memberi arahan dan inginka perpaduan antara masyarakat.Tanpa perpaduan dan silaturrahim maka sebarang kerja tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.Dalam situasi tertentu watak ini seolah-olah mengampu sultan.
7)Tun Khoja Ahmad.
Seorang yang agak berumur. Anak kepada datuk bendahara Tepok. Beliau adalah salah seorang pembesar istana yang mempunyai semangat yang kuat, amanah, dan bertangungjawab kerana sentiasa melihat orang-orang bekerja membuka kempung dan ladang.Selain itu beliau mementingkan perpaduan, tekun, yakin, dmempunyai keazaman yang tinggi.
8)Demang Sulung
Beliau berasal dari Melaka.Melaka pada masa itu dikuasai oleh Portugis.Penjajah Barat ini telah mencetuskan hru-hara dan rasa tidak selamat dikalangan rakyat.Oleh itu banyak rakyat yan melarikan diri ke tempat lain termasuklah watak ini. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab.Beliau bersama-sama rakyat bergotong-royong untuk membina istana baru.
Watak-watak lain seperti hulubalang-hulubalang dan pembantu-pembantu,hanyalah sebagai watak sampngan sahaja. Watak-watak ini ditimbulkan bagi menguatkan cerita.
NILAI DAN PENGAJARAN
1)Pentingnya hidup bersatu padu.
Perpaduan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.Dengan adanya perpaduan, sebarang ancaman dari dalam dan luar dapat diatasi dengan mudah.Untuk memupuk siap bersatu padu,kita perlu buang perasaan denki,iri hati, dan buruk sangka.Negara akan membangun dengan jayanya jika rakyat sentiasa bersatu padu.
2)Patuh dan setia terhadap pemerintah.
Setiap rakyat perlu mempunyai sifat taat dan setia terhadap pemerintah.Mereka harus patuh kepada setiap arahan pemerintah selagi pemerintah itu tidak berlaku zalim.Ketaatan dan kesetiaan ini akan menyemai bibit perpaduan yang akhirnya akan mendatangkan kebaikan kepada semua pihak.
3)Setiap orang harus bekerjasama dan tolong menolog.
Sesiapa sahaja tidak mengira darjat atau kedudukan harus bekerjasama dan saling membatu bagi membangunkan negara.Kita tidak seharusnya mempunyai sifat mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain untuk mempertahankan negara.Sebaliknya kitalah yang harus mempertahankannya.
(^-^)


Tentang Kami

.::Anisah'm'::.
.::Anisah'n'::.
.::Ellisya::.
.::hafiyyah::.
.::Nazurah::.
.::Nadiah::.
.::Nusrah::.

Impian Kami

SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT 'A' DALAM O LEVEL SASTERA! :D
AMIN!!

Pertanyaan


Sasterawan

nadya
nazzy
esya
eyan
marriee
sakinah
eeka

Melodi


Kenangan

May 2008
July 2008

Penghargaan

Designer: PwincessPutri :D Image Hosting: Photobucket
Tagboard: Cbox
Music: Imeem