<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/7336954486170097340?origin\x3dhttp://sasteradrama.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, July 24 2:58 AM

Titik-titik Perjuangan
Sipnosis
Drama ini mengisahkan tentang seorang pegawai melayu yang bekera dengan kerajaan Inggeris ketika negara kita di bwah penjajahan Inggeris.Lebih tepat lagi waktu peristiwa itu berlaku ialah sebelum pecahnya Perang Dunia Kedua.Pegawai tersebut telah mengadakan lawatan ke sebuah kampung untuk menangkap orang kampung yang menentang kerajaan dengan menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris.Pada mulanya pegawai tersebut menasihatkan orang kemapung supaya tidak menuntut kemerdekaan kerana kerajaan Inggeris telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.Pegawai tersebut turut mempersendakan penduduk kampung yang ingin menuntut kemerdekaan tetapi tidak cukup ilmu pengetahuan sebagai alat untuk membangun dan memajukan negara sekiranya kemerdekaan tercapai.Dalam keghairahan orang kampung menuntut kemerdekaan,terdapat juga orang kampung yang mengampu pegawai tersebut dengan menyokong kerajaan Inggeris sementara sebilangan lagi tetap mahu menuntut kemerdekaan.Selepas Perang Dunia ke-2 dan berakhirnya pendudukan Jepun di tanah air kita,kerajaan Inggeris telah berkuasa semula dan selepas itu negara kita mencapai kemerdekaan.Pegawai tersebut telah melawat semula ke kampung tersebut.Orang-orang kampung tidak menyambut kedatangan beliau dengan baik.Dengan itu beliau menuduh bahawa orang kampung melawan kerajaan.Penduduk kampung menyindir pegawai dan kesannya telah menyedarkan pegawai itu bahawa antara pemerintah dengan rakyat mestilah ada kerjasama dan saling memerlukan.Dia juga sedar bahawa di belakangnya ialah rakyat yang telah mengangkatnya sebelum ini.
~Pemikiran dan Persoalan~
1-Persoalan Pendidikan
Di bawah penjajahanInggeris, sistem pendidikan sekadar menyediakan peluang kerja untuk menjamin kesenangan orang Inggeris. Orang Melayu diberi pendidikan ala kadar. Dengan itu mereka hanya layak bekerja sebagai tukang kebun, drebar, peon, mata-mata.. Dengan itu orang Melayu sekadar "merkea suruh...dia pergi dan mereka panggil...dia datang." seperti yg berlaku kepda Pegawai yg bekerja sebagai kerani kehormat Inggeris.
2-Kedudukan
Pegawai mewakili golongan manusia yang menjadi penjilat Inggeris kerana bimbang kedudukan atau jawatan yang disandangnya kini hilang apabila negara mencapai kemerdekaan. Pegawai juga melambangkan manusia yang tidak yakin dengan kebolehan bangsa sendiri. Hal ini berlaku kerana kemerdekaan dilihat dari sudut kebendaan. Denag itu tidak mengahairankanjika Peragwaibertanya soal pensel, kapal terbang, kapal perang, dan gudang2 perusahaan yang perlu ada sebelum negara boleh merdeka. Hal ini berbeza dgn orang kampung yg memandang kemerdekaan dari sudut kejiwaan - jiwa yg bebas dan tidak terbelenggu.
3- Semangat kebangsaan
Lewat drama ini juga menimbulkan persoalaan kebangsaan yg dikesan melalui watak org muda, gadis dan org tua. Mereka juga mempunyai rasa cinta yg mendalam terhadap tanah air atau semangat patriotik dengan bekerja keras dalam bidang yg sesuai dgn kebolehan mereka iaitu sebagai petani. Dengan semangat patriotisme ini juga mereka tidak rela dijajah dalam apa bentuk sekalipon baik pemikiran mahupun perasaan. Mereka bahagia dengan kerja meraka sebagai petaniudan akan meneruskan kehidupan sebagai orang kampung meskipun negara telah merdeka kerana itulah peranan yg blh dan mampu mereka laksanakan. Sebaliknya watak Pegawai dilihat sebagai watak yg tdk mempunyai semangat patriotik. Dengan itu Pegawai sanggup mempersenda cadangan hendak mencapai kemerdekaan. Pegawai tidak yakin dengan kebolehan bangsanya yg selama ini telah membangunkan negara dalam bidang pertanian.
Perjuang kemerdekaan denbgan semangat cintaka tanah air itu sanggup mati dalam peluru yg berterbangan demi mencapai cita2 mencapai merdeka. Dan merekalah yg paling bnyk tekorban sblm negara mencapai kemerdekaan.
4-Hubungan pemerintah dengan rakyat
Aspek ini dilihat selepas negara mencapai kemerdekaan. Pegawai kembali melawat kampung dan akhirnya dengan penuh keinsafan meminta orang kampung berkerjasama untuk membangunkan negaara bagi mengisi kemerdekaan. Kemajuan dan kejayaan terletak di bahu rakyat. Kerajaan hanya merancang dasar dan usaha untuk membangunkan negara dan di pihak rakyat menyambut usaha tersebut dengan kerja keras dan bersungguh-sungguh.
5- Kesanggupan berkorban
Usaha menuntut kemerdekaan memerlukan bnyk pengorbanan baik perngorbanan jiwa mahupun material. Usaha mencapai kemerdekaan bukannya semudah yg diucapkan. Bnyk nyawa yg terkorban pd zaman2 sblm kemerdekaan tercapai. Dan yg paling kuat mempunyai kesanggupan berkorban ini ialah pihak rakyat.
~watak dan perwatakan~
1-Pegawai
Latar blakang
Merupakan Pegawai Melayu yg mendapat pendidikan Inggeris. Dengan pendidikan tersebut, dia berjaya mendapat jawatan kerani kehormat dalam pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu.
Perwatakan
Tidak berkeyakinan dan merendah-rendahkan keupayaan bangsa sendiri.
Dia mengagung-agungkan bangsa Inggeris dan enganggap orang Melayu tidak boleh mentadbir negeri.
Mementingkan diri sendiri
Demi menjaga kedudukan, dia sanggup menghina bangsa Melayu.
Seorang yg kasar
Kata-katanya sangat kesat ketika menghina orang Melayu.
Seorang yg bijak
Cepat menyedari kesilapan dan akhirnya kembali bekerjasama dengan bangsanya sendiri.
2-Perempuan tua
Latar belakang
Merupakan orang kampung yg bekerja kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah.
Perwatakan
Tidak mempunyai pendirian
Menurut sahaja kata2 Pegawai Melayu walaupun pegawai tersebut menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu.
Merendah-rendahkan bangsa sendiri
Dia menganggap orang Melayu bodoh seperti mana yg diperkatakan oleh pegawai Melayu.
3-Orang tua
Orang tua merupakan orang kampung yg menjalankan kerja2 kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah. Dia mempunyai pendirian yg teguh dan mahukan negara merdeka drpd penjajahan Inggeris. Dia mempunyai pandangan yg berbeza dgn pandangn pegawai Inggeris. Sikapnya yg tidak sehaluan dgn pegawai Inggeris ditunjukkan dari awal hingga akhir drama ini.
4-Orang muda
Merupakan seorang pemuda yg tinggal di kampung dan menjalankan kerja2 kampung seperti bersawah, berladang dan menoreh getah. Mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi dan menentang penjajahn Inggeris. Mempunyai pandangn yg tinggi kepada bangsanya dan berkeyakinan bahawa orang Melayu juga mampu mentadbir negara jika diberi peluang. Dia menentang keras sikap pegawai Inggeris yg memperlekeh-lekehkan kebolehan oran Melayu.
5-Gadis
Gadis juga merupakan orang kampung yg menjalankan kerja2 orang2 Melayu secara turun-temurun seperti bersawah, berladanag dan menoreh getah. Beliau juga mempunyai semangat nasiolisme yg tinggi dan menentang penjajahan Inggeris. Beliau juga mahukan negara ini merdekadan diperintah oleh orng Melayu sendiri. Beliau juga menentang sikap Pegawai yg terlalu mengangung-agungkan pihak Inggeris.
~Nilai dan Pengajaran~
1- Jujur dan berterus terang
sikap ini seharusnya dicontohi oleh ahli masyarakat pada masa kini terutamanya golongan muda. Sikap ini membayangkan pemiliknya mempunyai peribadi yg mulia.
2-Semangat cinta akan negara
SEmangat ini seharusnya ditanam di jiwa anaka2 muda. Dengan semangat ini timbul kekuatan untuk bekerja keras bagi membangunkan negara dalam bidang apa sekalipun. Dalam konteks ini watak orang Muda Gadis dan Orang tua bangga denga kerja mereka sebagai petani. Semangat ini juga menimbulkan keberanian untuk mempertahankan negara meskipun nyawa terkorban di samping sanggup mempertahankan kedaulatan tanah air.
3-Kerjasama
Kerjasama yg dimaksudkan di sini ialah kerjasama antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah (diwakili oleh watak Pegawai) perlu mendapat kerjasama rakyat untuk kemajuan dan pembangunan negara.
Kerjasama pulka tercapai andainya terdapat hubungan yang intim antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah (yg diwakili oleh Pegawai) mestilah turun padang, ke tengah rakyat dan bukannya mengasanag diri atau membina benteng yg akan memisahkannya dengan rakyat.
4- Berbudi bahasa
Sikap ini seharusnya menjadi pakaian pegawai atau mereka yg diberi kuasa untuk memerintah. Keangkuhan dan kehilangan budi bahasa akan mencetuskan kebencian malahan boleh melarat kepaa satu penentangan yg lebih hebat misalnya pemberontakan apabila adat resam dicabul dengan sewenang-wenangnya.
Kata-kata yg tidak sopan atau manis. Kata-kata "bodoh", "bodoh betul", "idiot", "fool" merupakan kata2 yg tidak seharusnya diucapkan oleh seseorang. U jaran sedemikian membayangkan penuturya tidak bermoral, sombong dan ketandusan hati budi.
5-Menjauhi minuman keras
Minuman keras atau arak itu akan mendatnagkan kesan yg buruk kepada seseorang seperti mabuk dan hilang pertimbangan akal. Dalam drama ini digambarkan seorang lelaki Inggeris yg sedang mabuk.
6-Tidak mempunyai pendirian
DAlam menempuh kehidupan, kita harus mempunyai pendirian yg kukuh dalam suatu hal. Dengan adanya pendirian itu kite dapat membuat keputusan dengan yakin, berwawasan dan tegas. Seseorang yg tidak mempunyai pendirian umpama lalang ditiup angin - tidak ada arah dan tujuan yg benar dan tepat dalam hidupnya. Seseorang yg tidak mempunyai pendirian juga mudah terpengaruh dengan pendapat dan pandangan orang lain. Denga kata lain, orang itu tidak ada keperibadian sendiri. Dalam drama ini watak Perempuan Tua digambarkan tidak mempunyai pendirian. Dia mengikut dan membenarkan kata atau pendapat Pegawai apabila Pegawai menentang pendapat pergawai apabila pegawai menentang pendapat orang kampung yg merdeka.

Tentang Kami

.::Anisah'm'::.
.::Anisah'n'::.
.::Ellisya::.
.::hafiyyah::.
.::Nazurah::.
.::Nadiah::.
.::Nusrah::.

Impian Kami

SEMOGA ANDA SEMUA AKAN MENDAPAT 'A' DALAM O LEVEL SASTERA! :D
AMIN!!

Pertanyaan


Sasterawan

nadya
nazzy
esya
eyan
marriee
sakinah
eeka

Melodi


Kenangan

May 2008
July 2008

Penghargaan

Designer: PwincessPutri :D Image Hosting: Photobucket
Tagboard: Cbox
Music: Imeem